Wednesday, January 13, 2010


Selamat pagi semua...saat ini ingin aku bicara tentang kepimpinan.semua orang adalah pemimpin..tak kira samada pemimpin negara,negeri, daerah ataupun pemimpin sebuah keluarga.Bukan ingin aku bicara tentang kepimpinan negara atau wakil wakil rakyat tapi pemimpin sebuah organisasi.satu organisasi terbentuk dengan adanya seoarang pemimpin dan ada orang yang hendak di pimpin.Maka orang yang di beri kepercayaan oleh organisasi hendaklah memimpin dengan cara yang baik dan tidak ada sifat memihak sebahagian ahli dan meminggir sebahagian ahli yang lain...sebagai pemimpin kita tidak seharusnya membuka pekong didada dengan memberitahu pihak lain bahawa ada di kalangan ahli kita teruk,malas srta tidak mahu berkerja...benarkah mereka tidak mahu berkerja atau kita tidak mahu memberi mereka kerja? Barangkali ada pihak yang tidak senang dengan ahli tersebut maka adalah penasihat penasihat yang memberi nasihat yang tidak molek.kita sebagai ketua dengan mudah percaya apa saja yang dikata oleh penasihat yang hanya sekadar mengampu kita saja.Setelah termakan budi dengan mudah kita meminggirkan ahli yang banyak pengalaman dalam organisasi.Ya barangkali ahli kita itu sudah tua dan selalu saja memberi pendapat yang bertentangan dengan hasrat dan kehendak kita...segala pendapat adalah untuk kebaikan organisasi namun kita hanya mahu pak turut saja dalam organisasikita,mahu seperti ayam yang asyik menganguk saja bila di beri makan.Di pihak ahli yang dipinggir mereka akan merasa tidak lagi diperlukan..terasa diri di pandang hina..tiada lagi terbit rasa hormat daripada ahli ahli yang muda kepada mereka..Adakah kita sebagai ketua rasa bangga dengan hal demikian?Ya tidak semua manusia sempurna..dan meraka juga tidak juga terlalu baik tapi ingt lah...manusia yang kita anggap sahabat baik tetapi di belakang kita selalu mencerita keburukan kita.Bukan mudah menjadi ketua atau pemimpin yang baik tetapi sekurang kurangnya jadi la pemimipin yang tidak buta mata biarpun boleh melihat..bukan tak nampak tapi buat buat tak nampak.....SEKADAR PANDANGAN SAHAJA TIDAK KENA MENGENA SESIAPA PUN KALAU ADA I AM SORRY....

No comments:

Post a Comment