Monday, January 11, 2010

Asalamualaikum dan selamat pagi.Pagi tadi semasa aku singgah di pinggir bandar Lahad Datu aku ternampak anak anak hendak ke sekolah dengan menaiki bot.Pasti mereka ke sekolah yang terletak di pulau di seberang sana...gigihnya mereka hendak menambah ilmu ..aku tidak pasti samada mereka dibekalkan dengan jeket keselamatan atau tidak...harap harapnya ada la ...bukan apa malang tidak berbau..menuntut ilmu penting tapi keselamatan anak anak pun penting...
Pagi ni LDU seperti biasa.Di pasar orang sibuk berjualan segala hasil tangkapan ikan dan sayuran...jalanraya di LDU bole tahan "jem" nya..kalau lambat pasti bebaris la sepanjang jalan raya tapi jangan risau ada jugak abang polis trafik bertugas dengan penuh dedikasi.

No comments:

Post a Comment