Saturday, October 16, 2010

Sunday, May 2, 2010

selamat malam semua...lama dah aq tidak mencoret sesuatu kat sini....lagipun tak da yang nak membacanya...

Friday, January 15, 2010

Ini hanya gambar hiasan sahaja.Apa yang ingin aku catatkan di sini bahawa jauhilah diri daripada gejala hitam.Jauhi jenayah..JENAYAH MEMBAWA PADAH

Thursday, January 14, 2010




Asalamualaikum semua... pagi tadi niat di hati nak berjoging kat taman bandar Lahad Datu atau lebih glamer dengan nama taman katak tapi hari ni kat LDU pagi tadi hujan...so agak lewat la nak berjoging ..da terang baru dapat itupun terpaksa buat jalan cepat..nak lari trek basah takut licin lak.jadi jalan la sekitar taman ni...cantik gak la daripada tahun 90 an.Biasanya kat sini ramai warga LDU keluarkan peluh dan bawak anak anak bermain...tempat ni penuh kehijauan..sejuk mata memandang...kebiasaannya awal pagi dan petang penuh la taman ni.aku kekadang jak datang kat sini,,,maklum la sibuk kerja dan campur sikit malas nak joging...cuma kat sini tak ada tandas la..susah ba kalau ada kecemasan....mana la tahu kot kot dalam tahun ni ada perancangan mereka nak buat tandas awam...tapi terfikir pula,kalau dah ada tandas sape nak jaganya...tau la kat negara kita ni,tandas awamnya.......kat dindingnya selain daripada mencurah perasaan romeo ada gak iklan yang bukan bukan...jadi kalau kerajaan buat tandas ,masalah jugak dari elok udaranya nyaman bertukar udaranya yang boleh memecahkan hidung...jadi para pengguna yang hendak ke taman ni sebelum datang ke sini elokla buang dulu kat rumah...
kalau ramai kawan kawan kat blog ni kan meriah..boleh berborak borak dan kalau yang di LDU boleh lah mengeteh kat Sri Perdana.. wokey la semua apa apa pun DARI KITA SAJA BAH..

Wednesday, January 13, 2010


Selamat pagi semua...saat ini ingin aku bicara tentang kepimpinan.semua orang adalah pemimpin..tak kira samada pemimpin negara,negeri, daerah ataupun pemimpin sebuah keluarga.Bukan ingin aku bicara tentang kepimpinan negara atau wakil wakil rakyat tapi pemimpin sebuah organisasi.satu organisasi terbentuk dengan adanya seoarang pemimpin dan ada orang yang hendak di pimpin.Maka orang yang di beri kepercayaan oleh organisasi hendaklah memimpin dengan cara yang baik dan tidak ada sifat memihak sebahagian ahli dan meminggir sebahagian ahli yang lain...sebagai pemimpin kita tidak seharusnya membuka pekong didada dengan memberitahu pihak lain bahawa ada di kalangan ahli kita teruk,malas srta tidak mahu berkerja...benarkah mereka tidak mahu berkerja atau kita tidak mahu memberi mereka kerja? Barangkali ada pihak yang tidak senang dengan ahli tersebut maka adalah penasihat penasihat yang memberi nasihat yang tidak molek.kita sebagai ketua dengan mudah percaya apa saja yang dikata oleh penasihat yang hanya sekadar mengampu kita saja.Setelah termakan budi dengan mudah kita meminggirkan ahli yang banyak pengalaman dalam organisasi.Ya barangkali ahli kita itu sudah tua dan selalu saja memberi pendapat yang bertentangan dengan hasrat dan kehendak kita...segala pendapat adalah untuk kebaikan organisasi namun kita hanya mahu pak turut saja dalam organisasikita,mahu seperti ayam yang asyik menganguk saja bila di beri makan.Di pihak ahli yang dipinggir mereka akan merasa tidak lagi diperlukan..terasa diri di pandang hina..tiada lagi terbit rasa hormat daripada ahli ahli yang muda kepada mereka..Adakah kita sebagai ketua rasa bangga dengan hal demikian?Ya tidak semua manusia sempurna..dan meraka juga tidak juga terlalu baik tapi ingt lah...manusia yang kita anggap sahabat baik tetapi di belakang kita selalu mencerita keburukan kita.Bukan mudah menjadi ketua atau pemimpin yang baik tetapi sekurang kurangnya jadi la pemimipin yang tidak buta mata biarpun boleh melihat..bukan tak nampak tapi buat buat tak nampak.....SEKADAR PANDANGAN SAHAJA TIDAK KENA MENGENA SESIAPA PUN KALAU ADA I AM SORRY....

Monday, January 11, 2010

selamat malam semua..hik hik hik ada ke yang baca blog ni..aku tak kisah samada org nak baca atau tidak...yang penting aku bole mencoret apa jer yang aku nak luahkan..janji tidak menyusahkan orang kan...

malam ni aku nak bebicara tentang cinta..benar ke cinta itu buta.yang muda mencari yang tua .selalu kita mendengar bahwa cinta pandang pertama...bukan kerana harta tapi kerana cinta...tapikan biasanya orang tua tu orang kaya...tak pernah pun kita tengok anak dara buat komen i cinta dia kerana cinta pada atuk atuk atau pakcik pakcik yang tak berharta.jadi harta menjadi peranan penting dalam perhubungan cinta.ada ke lagi cinta sejati...cinta tanpa memandang harta...ala zaman dulu bole la cinta sejati..tak payah ada harta..dulu bukan ada bil bil nak di bayar..semua benda free je..zaman sekarang ni semua nak kena bayar..tiada yang free. minum air kena bayar,nak buang air pun kena bayar...kalu tandas yang kita bayar tu bersih tak per la jugak hi hi hik...apa apa pun DARI KITA SAJA BAH!!!
Asalamualaikum dan selamat pagi.Pagi tadi semasa aku singgah di pinggir bandar Lahad Datu aku ternampak anak anak hendak ke sekolah dengan menaiki bot.Pasti mereka ke sekolah yang terletak di pulau di seberang sana...gigihnya mereka hendak menambah ilmu ..aku tidak pasti samada mereka dibekalkan dengan jeket keselamatan atau tidak...harap harapnya ada la ...bukan apa malang tidak berbau..menuntut ilmu penting tapi keselamatan anak anak pun penting...
Pagi ni LDU seperti biasa.Di pasar orang sibuk berjualan segala hasil tangkapan ikan dan sayuran...jalanraya di LDU bole tahan "jem" nya..kalau lambat pasti bebaris la sepanjang jalan raya tapi jangan risau ada jugak abang polis trafik bertugas dengan penuh dedikasi.